Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Tapai Pulut

Ramuan / Bahan

1 kg beras pulut
1 biji ragi manis (dijemur) Daun pisang secukupnya

Cara-cara

Cuci beras pulut bersih-bersih kemudian ditanak sehingga masak. Setelah itu, angkat dan sejukkan di dalam sebuah talam yang bersih dan kering. Hancurkan ragi sehingga halus. Kemudian taburkan pada pulut tadi. Sarungkan tangan anda dengan plastik bersih. Kemudian balik-balikkan pulut dan gaul sehingga rata. Sediakan sebuah pasu tanah kecil. Alas dalam pasu dengan daun pisang yang bersih. Setelah itu, masukkan pulut tadi dengan sehelai daun pisang. Tutup pasu dengan penutupnya, kemudian balutkan dengan kain kemas-kemas. Tapai pulut ini boleh dimakan selepas tiga hari.