Ramuan / Bahan
1 biji telur (pukul hingga kembang)
2 sudu makan gula kastor
75 gm mentega Bahan-bahan isi:
1 biji epal (dibuang kulit dan bahagian bawah)
2 sudu besar kacang wamnut (dicincang)
1 sudu makan kismis
Cara-cara
Dalam mangkuk sederhana besar, gaul tepung, gula kastor dengan mentega hingga menjadi serbuk roti. Tambahkan telur yang telah dipukul sedikit demi sedikit hingga mendapat doh yang sederhana lembap. Simpan doh dalam peti sejuk selama setengah jam. Keluarkan dan canai doh setebal 1 cm. Potong empat segi selebar 7 cm x 7 cm. Simpan dalam peti sejuk sementara menyediakan inti. Sementara itu sediakan epal dan isi bahagian tengahnya dengan kacang walnut dan kismis. Bubuh epal di tengah-tengah pastri dan potong persegi agak-agak boleh membungkus epal. Hias dengan daun yang dibuat daripada lebihan pastri. Sapu pastri dengan kuning telur dan bakar selama 15 hingga 20 minit pada kepanasan 220C. Hidang semasa panas bersama sos oren atau madu.