Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Sagu Santan Dan Gula Melaka

Ramuan / Bahan

150 gm sagu mata ikan
4 cawan air
3 ketul gula melaka 1 cawan santan pekat
Air secukupnya

Cara-cara

Basuh sagu mata ikan dan masak bersama empat cawan air atas api sederhana. Jika sagu masih nampak keras, bolehlah ditambah sedikit air lagi. Setelah sagu pekat dan masak, masukkan ke dalam bekas-bekas kecil atau gelas berkaki. Sejukkan di dalam peti sejuk. Masak gula melaka hingga pekat dan tapis. Bila tiba waktu hendak memakan kuih ini, bubuh sedikit santan dan gula melaka.