Ramuan / Bahan
air
kapur sireh
daun pandan/pewarna hijau
garam
1 tin susu cair
gula melaka
Cara-cara
1. Masak gula melaka dengan sedikit air (sekadar untuk mencairkan gula melaka). Setelah gula melaka cair, masukkan susu cair serta sehelai daun pandan dan bolehlah tambahkan sedikit air jika terlalu pekat. Tambahkan sedikit gula sekiranya kurang manis. Masak sehingga mendidih kemudian matikan api.
2. Gaulkan tepung pulut bersama air dan sedikit kapur sireh. Masukkan sedikit pewarna hijau atau air perahan daun pandan. Uli adunan sehingga sebati dan tidak melekat di tangan serta tidak terlalu keras. Pastikan adunan boleh digentel bulat.
3. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih kemudian kecilkan api dan sediakan bekas berisi air.
4. cubit sedikit adunan dan gentel menjadi bulat, kemudian picit tengah bulatan bawah-atas menjadi bentuk leper seperti sel darah (macam bentuk puteri mandi).
5. Masukkan adunan ke dalam air mendidih dan ulangi langkah 4.
6. Angkat adunan yang timbul (menandakan telah masak sepenuhnya) menggunakan tapis dan masukkan ke dalam bekas berisi air.
7. Pindahkan adunan ke dalam periuk susu yang telah disediakan sebelumnya dan hidangan sedia untuk dimakan.