Ramuan / Bahan
½ oz. (15 g.) agar-agar (direndamkan & ditoskan)
3 pt. (1.8 l.) air
secubit garam
14 oz. (440 g.) gula pasir
1 ½ camt. esen vanila Bahan agar-agar berwarna:
¼ oz. (7 g.) agar-agar (direndam & ditoskan)
1 pt. (600 ml.) air
8 oz (250 g.) gula pasir
½ camt. esen vanila
3-4 helai daun pandan (ditumbuk & diambil airnya)
1 camt. air
bahan pewarna merah dan kuning
Cara-cara
Untuk menyediakan agar-agar berwarna:
Masak agar-agar dengan air hingga larut. Masukkan gula dan kacau hingga hancur. Bila mendidih, angkat dan tapiskan. Campurkan esen vanila dan bahagikan campuran itu kepada 3 buah mangkuk. Warnakan dengan air daun pandan, pewarna merah dan kuning tiap-tiap satunya. Masukkan ke dalam petisejuk hingga beku.
Untuk menyediakan agar-agar:
Masak agar-agar seperti diatas. Masukkan garam dan gula. Apabila telah masak, tuangkan ke dalam sebuah acuan agar-agar. Biarkan sejuk dan pekat. Keluarkan agar-agar berwarna daripada acuan-acuannya dan parut dengan pemarut rojak. Campurkan rata-rata dan kacau ke dalam acuan agar-agar yang besar sebelum ia menjadi keras. Masukkan ke dalam petisejuk hingga menjadi keras dan keluarkan. Hidangkan setelah ia sejuk.