Nasi Goreng Desa

Ramuan / Bahan

200gm Nasi putih
1 biji telur
50gm Isi Ayam (potong dadu)
50gm Ikan Bilis (saiz kecil)
10gm udang kering
2 sudu Perencah ikan bilis
sedikit pati belacan
1 biji Bawang merah & putih (hiris)
2 batang cili buntal
1 biji tomato
sayur (ikut citarasa)
sedikit kicap cair
kecil garam

Cara-cara

Panaskan minyak. masukkan bawang merah dan putih masak hingga kekuningan.masukkan ikan bilis, udang kering, ayam dan telur masak hingga naik bau.masukkan cili buntal,tomato,sayur,pati belacan dan kicap cair.Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau hingga sebati.