Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Nasi Goreng Bonda Tercinta

Ramuan / Bahan

Bahan-bahan:
Nasi putih
segenggam udang kering yg telah direndam
200gram udang segar (dibuang kulit)
3 ulas bawang putih( dicincang halus)
3 ulas bawang merah
10 biji cili padi (dihiris halus)
2 sudu makan minyak bijan
hirisan daun bawang
garam & ajinomoto
3 batang sayur kacang panjang (dihiris halus)
sedikit kobis (dihiris halus)

Cara-cara

1. Tumbuk udang kering dan bawang merah sehingga lumat. ketepikan.
2. goreng bawang putih yg telah dicincang halus dengan sedikit minyak.Toskan bawang putih yg telah digoreng, ketepikan. Tumiskan udang kering+bawang merah yg tlah ditumbuk lumat, dan cili padi yang tlah dihiris halus hingga naik bau dan garing. masukkan udang hidup, tumis hingga masak. kemudian masukkan nasi, gaul mesra, masukkan minyak bijan, garam dan ajinomoto, hirisan daun bawang dan akhir skali masukkan bawang putih yg tlah digoreng garing. hidangkan ketika panas. selamat mencuba!