Pulut Manis

Ramuan / Bahan

1 kg pulut
1 biji kelapa (ambil santan sebanyak 4 cawan)
1 kg gula Halwa kundur (untuk hiasan)
Sedikit pewarna ros

Cara-cara

Rendam pulut dengan pewarna ros semalaman & dikukus. Setelah masak, angkat pulut tersebut. Kemudian masakkan santan & gula. Apabila likat, masukkan pulut & kacau sehingga sebati & kering. Apabila kering, angkat & masukkan ke dalam acuan & hias dengan halwa kundur.