Nasi Udang

Ramuan / Bahan

4 cawan beras
4 cawan air
cawan susu cair
6 ulas bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
3 cm halia (dikisar halus)
1 sudu kecil serbuk masala
5 cm kulit kayu manis
4 kuntum bunga cengkih 3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
sudu kecil jintan manis
2 helai daun pandan
2 sudu besar minyak sapi / marjerin
Garam & gula secukup rasa
300 gm udang saiz sederhana (dibersihkan tetapi jangan dibuang kepala)
300 gm bawang merah (dimayang)
1 cawan minyak masak

Cara-cara

Masukkan air, susu, bahan yang dikisar, serbuk masala, garam, gula, daun pandan,
kulit kayu manis, jintan manis, buah pelaga, bunga lawang, bunga cengkih & minyak sapi ke dalam periuk. Biarkan mendidih masukkan beras. Bila air kering, kecilkan api tutup periuk biarkan nasi masak. Gembur. Panaskan minyak masak & minyak sapi, goreng bawang merah. Angkat & toskan, sebelum dikisar halus dengan sedikit air.Dengan menggunakan minyak yang sama, goreng udang hingga masak, masukkan bawang goreng yang dikisar halus tadi. Kacau hingga pecah minyak & angkat. Tuangkan udang bersama minyaknya sekali ke dalam nasi & kacau hingga rata. Hiaskan mengikut cita rasa, sebelum menghidang.