Nasi Tomato

Ramuan / Bahan

2 cawan beras
2 cawan minyak sapi
2 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
2.5 cm halia
2 kuntum bunga lawang
5 cm kulit kayu manis 2 kuntum buah pelaga
2 cawan air rebusan ayam
cawan tomato puri
1 cawan tomato sup
2 helai daun pandan
1 tangkai daun pudina
50 gm kismis

Cara-cara

Panaskan minyak sapi dan tumiskan bawang merah, bawang putih dan halia yang telah dihiris halus, kulit kayu manis,bunga cengkih, bunga lawang, daun pandan dan daun pudina sehingga wangi.

Masukkan tomato puri dan tomato sup serta air rebusan ayam. Bila mendidih, perlahankan api dan tanak nasi sehingga masak.

Semasa menghidang, taburkan kismis dan bawang goreng. Siap untuk dihidangkan.