Nasi Tomato

Ramuan / Bahan

4 cawan beras (dikosek & ditoskan)
185 gm marjerin/minyak sapi
2 kuntum bunga cengkih
kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 cm kulit kayu manis 1 labu bawang besar (dicincang)
155 gm puri tomato dalam tin
1.8 leter air rebusan yang cair
Garam secukup rasa
60 gm daun saderi yang telah dicincang-jika suka
1 sudu bawang merah yang telag digoreng

Bahan Tumbuk:
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
1 hiris halia

Cara-cara

Pijarkan lemak diatas api yang sederhana & tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit.Masukkan bahan tumbuk & teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar & goreng hingga layu. Kecilkan api & tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan & masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit. Masukkan air rebusan & garam secukup rasa.Biarkan cecair telah diresap. Kecilkan api, Tanaklah nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi & kacau, kemudian isikan ke dalam pinggan.Hiaskan dengan bawang merah goreng & hidangkan panas-panas dengan masakkan masakkan yang lain.