Nasi Rampai Mentega

Ramuan / Bahan

300 gm beras
60 gm mentega
100 gm sayur campur
2 biji telur (didadar)
1 labu bawang besar (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1.5 cm halia (dihiris)
2.5 cm kulit kayu manis (dihiris) 4 biji buah pelaga (bahan tumis)
4 kuntum bunga cengkih (bahan tumis)
375 gm air
2 sudu besar hirisan daun bawang
2 sudu besar bawang goreng
cawan krim pukul
Garam secukup rasa

Cara-cara

Basuh beras & tuskan airnya. Panaskan mentega, tumis bahan hiris sebentar, masukkan bahan tumis kacau hingga naik baunya. Tuangkan air, masukkan garam biarkan hingga mendidih, masukkan beras & tutup periuk. Apabila nasi kering masukkan sayur campur & kacau dengan garpu. Tutup kembali & biarkan sekejap, masukkan telur dadar yang dihiris. Ketika hendak dihidangkan, tabur bawang goreng serta hirisan daun bawang.