Nasi Pilau

Ramuan / Bahan

1,000 ml air
250 gm siam wangi (dibersihkan dan disejat)
1 camca besar minyak zaitun
1 biji bawang besar (dihiris nipis)
1 biji bawang putih (dicincang halus)
5 ketul ayam (300 gm dipotong sederhana besar dan dibersihkan) 200 ml pati rebusan ayam (rebus tulang ayam bersama 250 ml air) atau 1 ketul pati rebusan ayam (dibancuh bersama 250 ml air)
Secubit serbuk kunyit
biji benggala merah (dihiris panjang nipis)
biji benggala hijau (dihiris panjang nipis)
biji lada benggala kuning (dihiris panjang nipis)
Sedikit garam

Cara-cara

Jerangkan air di didalam periuk, sehingga ia mendidih. Masukkan beras siam wangi, biar ia separuh masak, angkat dan sejatkan.

Panaskan minyak zaitun di dalam periuk lain. Tumiskan bawang besar bersama bawang putih sehingga ia layu.

Masukkan ayam, gorengkan sebentar sehingga sebagian luarnya keperangan sedikit.

Masukkan udang dan nasi tadi. Kemudian tuangkan pati rebuasan ayam bersama serbuk kunyit, kacau sebentar sehingga ia sebati.

Akhir sekali masukkan lada benggala merah, lada benggala hijau dan lada benggala kuning. Tutupkan periuk.

Biarkan ia sehingga nasi masak. Hidangkan panas-panas.