Nasi Pilau

Ramuan / Bahan

4 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
tin susu cair
2 helai daun pandan
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar minyak sapi atau marjerin
1 cawan sayur campur
5 tangkai daun pudina (dipetik daunnya)
1 tangkai daun sup (dipetik daunnya)
1 tangkai daun bawang (dipotong 3 cm)
Garam & gula secukup rasa Bahan Untuk Menumis:
6 ulas bawang merah (dikisar halus)
3 ulas bawang putih (dikisar halus)
2 cm halia (dikisar halus)
2 sudu kecil serbuk masala
100 gm badam (dikisar halus)
4 cm kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
5 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
sudu kecil jintan manis

Cara-cara

Panaskan minyak masak & minyak sapi & masukkan Bahan-bahan Menumis. Kacau hingga rata & bila berbau harum, masukkan air rebusan ayam, susu cair, garam & gula kemudian kacaukan. Bila mendidih, masukkan beras. Kacau hingga rata. Bila air kering, kecilkan api & tutup periuk & biarkan hingga nasi masak. Masukkan sayur campur, daun pudina, daun sup & daun bawang kemudian gembur hingga rata. Tabur daun bawang sebelum menghidang.