Nasi Pilaf Ayam

Ramuan / Bahan

ekor ayam (dipotong sederhana besar, dibersih dan dilap kering)
Garam dan serbuk kunyit secukupnya
1 sudu besar minyak masak
50 gm mentega atau minyak sapi
1 biji bawang besar (dicincang halus)
1 ulas bawang putih (dititik) 1 sudu teh serbuk jintan putih
3 cm kulit kayu manis
6 biji pelaga
250 gm beras panjang
Air secukupnya
sudu teh serbuk kunyit
1 kiub pati rebusan
2 helai daun salam
Sedikit kismis
Sedikit kepingan badam goreng

Cara-cara

Gaul ayam bersama garam dan serbuk kunyit di dalam mangkuk hingga ia sebati. Panaskan minyak masak bersama mentega atau minyak sapi di dalam kuali. Goreng hingga kekuningan. Ketepikan. Panaskan minyak goreng ayam tadi di dalam periuk. Tumis bawang besar hingga layu baru masukkan bawang putih bersama serbuk jintan putih, kulit kayu manis, pelaga dan cengkih. Goreng hingga ia terbit bau. Masukkan ayam goreng, tutup periuk. Perlahankan api, biar ia 15 minit sambil dikacau sekali-sekala. Masukkan beras bersama air (sukatan seperti masak nasi biasa), serbuk kunyit, pati rebusan ayam dan daun salam. Biar hingga ia mendidih. Apabila kering airnya, tutup periuk. Perlahankan api. Biar ia 15 minit. Masukkan kismis. Biar hingga nasi lembut. Kelurkan daun salam. Biar nasi kering. Hidang nasi di dalam pinggan. Tabur badam goreng di atasnya.