Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Nasi Minyak Rendah Lemak

Ramuan / Bahan

3 cawan beras basmathi (dibersih dan ditoskan)
3 camca besar minyak canola
4 ulas bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 sm halia (dimayang)
2 ½ sm kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 helai daun pandan
½ cawan susu rendah lemak dutchlady
25 gm kismis
¼ cawan bawang goreng
Air, pewarna merah & kuning, garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak , tumis bahan hingga wangi. Masukkan daun pandan, air, susu dan garam. Masukkan beras dan kacau hingga rata. Bila nasi hampir masak, titiskan pewarna merah dan kuning secara rawak. Gaul rata bila nasi sudah masak.