Nasi Minyak Lauk Kurma Daging & Acar Rampai

Ramuan / Bahan

Bahan untuk nasi:
5 cawan beras dicuci & di toskan
bunga lawang, bunga cengkih,kulit kayu manis & buah pelaga.
marjerin untuk menumis
5 biji bawang merah & 2 cm halia dikisar
3 sudu besar tomato puri & 3 sudu besar susu pekat manis
1 kotak kecik kismis
garam secukup rasa

Bahan untuk kurma daging:
kilo daging dipotong dadu
200 gram bawang besar india dimayang
200 gram halia dimayang
kulit kayu manis,bunga lawang
1 mangkuk pati santan
1 peket rempah kurma adabi
2 biji ubi kentang dipotong 4
3 biji cili merah dipotong memanjang
garam secukup rasa

Bahan untuk acar rampai:
5 biji bawang merah & 2 cm halia dikisar
5 cm halia dimayang halus
cuka
bawang besar dipotong , timun, cili besar & lobak merah dipotong memanjang
garam & gula secukup rasa

Cara-cara

cara memasak nasi:
Tumis bunga lawang, bunga cengkih,kulit kayu manis & buah pelaga bersama majerin.bila naik bau,masuk bawang merah & halia yang dikisar.Apabila bawang kekuningan,masukan 6 cawan air,puri tomata,susu pekat manis & garam secukup rasa.Apabila air mengelegak,masukan beras yang ditoskan & masak nasi sehingga masak.apabila nasi telah masak, gaulkan kismis kedalam nasi.

Cara memasak kurma daging.
Tumis bawang besar india,halia, kulit kayu manis& bunga lawang. Apabila bwang kekuningan,masukan daging & rempah.Apabila daging separuh empuk, masukan santan $ ubi kentang kentang.Sebelum diangkat, masukan cili besar & garam secukup rasa.

Cara memasak acar rampai:
Tumis bawang mera,halia dikisar &
halia yang dimayang halus
Apabila bawang kekuningan, masukan cuka & gula secukup rasa. Tutup api & msuk timun, lobak & cili.Gaul hingga sebati.