Nasi Minyak Bersusu

Ramuan / Bahan

2 tin susu beras Siam
2 tin susu air
tin susu cair
3 camca besar minyak sapi
2 camca besar air mawar
2 tangkai daun saderi
Garam dan serbuk perasa secukupnya Bahan-bahan tumis:
Kulit kayu manis
Cengkih
Pelaga

Bahan-bahan digiling:
2 sm halia
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah

Cara-cara

Beras dibersihkan dan disejat. Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan tumis dan bahan-bahan giling. Kacau hingga wangi. Kemudian masukkan air susu, daun saderi, serbuk perasa dan garam. Apabila mendidih masukkan beras dan kacau perlahan-lahan. Apabila nasi hampir kering, renjiskan air mawar. Kacau hingga rata. Tutup periuk rapat-rapat hingga nasi masak.