Nasi Minyak Ayam

Ramuan / Bahan

2 tin susu beras beriani
2 tin susu air
3 camca sedang minyak sapi
1 camca sedang rempah beriani
2 camca sedang air limau nipis
cawan susus cair
1 cawan isi ayam, disiat halus Sedikit bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis, garam dan serbuk perasa

Bahan-bahan dikisar halus:
3 sm halia
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah

Cara-cara

Bersihkan beras dan sejat. Panskan minyak sapi. Tumis bunga lawang, cengkih, kulit kayu manis dan bahan-bahan kisar hingga wangi. Masukkan rempah beriani, isi ayam, air dan beras. Kacau hingga sebati. Setelah mendidih masukkan air limau, susu cair, garam dan serbuk perasa. Kacau perlahan-lahan. Tanak hingga nasi masak menggunakan api kecil.