Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Nasi Goreng Cendawan

Ramuan / Bahan

2 pinggan nasi putih
50g daging ayam (dipotong dadu)
40g cendawan
30g sayur campur (frozen mix vege)
4/5 sudu sos tiram

(bahan2 yg ditumbuk)
1 biji bawang besar
½ ulas bawang putih 2 sudu besar minyak masak (untuk menumis)
garam secukup rasa
4/5 sudu air

Cara-cara

Panaskan minyak dalam kuali,kemudian tumis bawang yang telah ditumbuk sehingga wangi.Masukkan daging ayam, goreng seketika sebelum memasukkan cendawan dan sayur campur.Masukkan air, tunggu seketika (dlm 30saat).Masukkan nasi, sos tiram, dan garam secukup rase.Gaul rata dan hidangkan.

Bagi yang gemarkan makanan pedas, boleh juga menambahkan cili dalam masakan.