Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Nasi Ayam Fizie

Ramuan / Bahan

1 ekor ayam(dikerat 4)
2 labu bawang putih(dikisar)
5 cm halia(dikisar)
5 tangkai lada besar
5 tangkai cili merah
1 biji limau nipis
1 bunjut sup
1 batang saderi
daun sup
daun bawang




3 pot beras (basuh dan toskan)
1 mangkuk kecil merjerin
1 mangkuk kecil miyak bijan
1 mangkuk kacil kicap manis
1 mangkuk kecil garam
1 mangkuk kecil gula
sedikit ajinomoto
salad
1 batang mentimun
2 biji tomato

Cara-cara

1. Masukkan ayam di dalam periuk sederhana besar yang berisi air(air mesti melebihi paras ayam)
2. Letakkan 3 sudu besar bawang putih yang telah dikisar serta 2 sudu besar halia di dalam periuk.
3. Rebus sehingga air mendidih.
4. Setelah mendidih,keluarkan ayam yang telah direbus dan letakkan di dalam mangkuk besar.(air rebusan serta bahagian ayam yang kecil spt kaki,leher dan sebagainya jangan dibuang)
5. Air rebusan dibahagikan kpd 3 bahagian iaitu nasi,sup,kuah lada.
6. Panaskan kuali dan masukkan 11/2 sudu besar minyak bijan dan 1 sudu kecil marjerin.
7. Masukkan beras yang ditos tadi dan gorengkan sebentar di dalam kuali.(3 minit sahaja)
8. Letkkan beras di dalam rice cooker bersama dengan air rebusan dan masak.(tidak perlu sertakan air biasa)
9. Ayam yang telah direbus tadi akan diperap bersama dengan 3 sudu besar bawang putih,2 sudu besar halia,sedikit minyak bijan, sedikit marjerin, kicap manis, secubit garam dan sedikit gula- gaul dan biarkan 1/2 jam.
10. Selepas itu, kisarkan 5 tangkai lada besar, 5 tangkai cili merah, s1 sudu besar gula, sedikit garam dan campurkan air rebusan tadi utk membuat kuah lada.Setelah dikisar, campurkan 3 sudu besar sos cili dan perah sedikit limau nipis.
11. Ayam yang telah diperap akan diserap oleh bahan2 yang dicampur tadi.
12. Panaskan kuali dan masukkan 1 mangkuk kecil minyak masak dan goreng.(jangan goreng terlalu lama kerana ayam sudah sedia masak)
13. Masukkan 1 bunjut sup ke dalam periuk lebihan air rebusan tadi.Tambahkan air serta masukkan 2 sudu kecil garam,sedikit ajinomoto serta sedikit gula.Tambahkan potongan ubi kentang ke dalam sup,batang saderi lobak asin.Hiaskan sup dengan daun sup dan bawang.
14. Bolehlah dihidang.