Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Air Kelapa

Ramuan / Bahan

1 biji kelapa muda
125 gm gula pasir (untuk dibuat sirap)
125 ml air panas mendidih (untuk dibuat sirap) Hiasan:
air kelapa
375 ml air sejuk
isi kelapa yang dikikis

Cara-cara

Sediakan sirap. Masukkan gula ke dalam mangkuk & tuang air panas mendidih ke dalamnya. kacau & tutup mangkuk itu. Sediakan buah. Tebuk bahagian atas kelapa & tuangkan airnya ke dalam jag. Belah kelapa & kikiskan isinya dengan sudu besar. Bubuh isinya ke dalam jag.
Tapis sirap yang sejuk ke dalam jag & tambahkan air sejuk secukupnya. Sejukkan di dalam peti ais. Hidangkan.