Koleksi Buku Resepi Dari Kami

Otak

Ramuan / Bahan

500 gm ikan kurau/tenggiri (dibuang tulangnya,dikikis isinya & diperasakan)
250 gm udang hidup (dibuang kulit & uratnya,dicincang & diperasakan)
Garam secukup rasa
ΒΌ camca gula
1 camca pati santan 2 camca ketumbar (direndang & digiling)
185 gm kelapa parut yang telah dibuang kulit arinya (direndang & ditumbuk )
2 camca daun kesum yang telah dicincang)
Daun pisang (dilayurkan)- untuk membungkus

Bahan Giling:
4 batang serai (dihiris tipis-tipis)
10 biji buah keras
2.5 kunyit hidup
12 batang loada merah
2 ulas bawang putih
15 ulas bawang merah

Cara-cara

Campurkan pati santan,ketumbar & bahan giling dalam sebuah periuk.Didihkan perlahan-lahan, dengan mengacaunya selalu hingga pekat. Masukkan kelapa yang telah ditumbuk & digaulkan rata-rata.Turunkan periuk dari atas api & biarkan sejuk. Masakkann ikan,udang,gula & daum kesum.Bahagiakan campuran itu pada daun-daun pisang & bungkus.Sematkan dengan lidi. Panggang dia atas api arang yang kecil selama 15 minit, dengan membalik-baliknya sekali-sekala. Hidangkan dalam bungkusan-bungkusannya.