Goreng Udang Berperisa (Sizzling Prawn)

Ramuan / Bahan

Semangkuk udang basah
2 sudu makan tomato sos
2 sudu makan cili sos
1 sudu makan minyak bijan
2 sudu makan minyak masak Sesudu makan bawang putih giling
Sedikit air asam manis
Garam serta serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Buangkan kulit udang kemudian belah bahagian belakangnya. Selepas dibasuh toskan airnya. Setelah itu goreng hingga masak. Gaul udang dengan semua bahan-bahan di atas kemudian masak ke dalam pinggan panas yang telah dipanaskan. Setelah itu bolehlah diangkat dan dihidang.