Goreng Sengkuang Bersotong Kering

Ramuan / Bahan

3 helai daun salad, untuk hiasan
100 gm udang basah, dicincang
200 gm isi ayam, dicincang
4 ulas bawang putih, di mayang
1 tangkai daun bawang, di mayang
2 camca sedang bawang goreng
Minyak untuk menumis 650 gm sengkuang, di potong halus
200 gm lobak merah, di potong halus
400 gm kubis, di potong halus
2 biji bawang besar, dipotong halus
50 gm cendawan hitam, di potong halus
100 gm sotong kering, dipotong halus
Garam secukup rasa

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang merah, isi ayam, udang dan cendawan hitam. Kacau hingga rata. Masukkan garam, sengkuang, kubis, lobak merah dan sotong kering. Kacau hingga rata. Apabila masak letakkan di atas pinggan yang di alas daun salad. Tabur daun bawang dan bawang goreng.