Dom Tempura Original Japanese

Ramuan / Bahan

Bahan-Bahan A:

MAKANAN LAUT:
Udang Segar(saiz besar@sederhana)10ekor,
Sotong segar(saiz sederhana)2ekor
Ikan tuna@solomon@tenggiri-4keping

SAYURAN:
Terung panjang 1 biji dipotong bulat.
Labu@pumpkin ½ biji dipotong nipis.
China Root 1 biji dipotong bulat.
Lobak merah 1 biji dipotong bulat.
Brokoli 200gm dipotong sederhana kecil.
Bahan-Bahan B:

Soya sos(cap KIKKOMAN special fragrance)
Beras pulut(cap SUMO-2 Cawan)ditanak.
Tepung Tempura(cap NONA@ORIGINAL JAPAN)
Telur 1 biji
Minyak masak 1 paket
Air (tambah ais)
Wasabi

Cara-cara

1.Cuci semua bahan-bahan A dan ditoskan.
2.Masak beras pulut guna rice cooker.
3.Masukkan tepung tempura,telur dan air(tambah ais).Kacau hingga sebati seperti sukatan membuat tepung menggoreng pisang.
4.Apabila pulut sudah masak,panaskan minyak, kemudian celupkan bahan-bahan A kedalam tepung bancuhan tadi dan goreng sehingga kekuningan dan garing.
5.Bahan-bahan A diangkat dan ditoskan setelah masak.