Ikan Sembilang Masak Cili Api

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan sembilang
10 biji asam belimbing buluh
3 biji cili hijau atau merah
1 biji kelapa (diambil santannya) 15 biji cili api
kunyit
1 helai daun kunyit
garam

Cara-cara

Ikan yang telah disiang dibasuh bersama asam keping. Setelah itu, digaul bersama garam dan kunyit. Salai atau panggang diatas bara api. Cili api ditumbuk bersama kunyit. Cili hijau atau merah dibelah dua dan daun kunyit dihiris halus. Masukkan santan dalam belanga bersama cili dan kunyit berserta garam secukup rasa. Apabila mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Masukkan asam belimbing dan cili belah. Masukkan daun kunyit yang telah dihiris untuk menaikkan bau yang menyelerakan. Setelah sedia, masukkan ke dalam mangkuk untuk dihidangkan.