Ikan Sembilang Goreng Berlada

Ramuan / Bahan

1 kati ikan sembilang
6 biji cili merah
3 ulas bawang merah 1 ulas bawang putih
Gula, garam secukupnya

Cara-cara

Ikan sembilang dibersihkan setelah itu gaulkan dengan garam serta kunyit secukupnya. Sesudah itu gorenglah hingga masak.

Cili merah, bawang merah dan bawang putih ditumbuk hingga lumat. Sesudah itu panaskan minyak di dalam kuali tumiskan bahan yang telah ditumbuk, bila sudah naik baunya masukkan ikan sembilang yang telah digoreng tadi. Tambahkan garam dan gula secukup rasa.