Biskut Suji Rangup

Ramuan / Bahan

200 g Windmill Gheeblend
200 g gula
400 g suji halus 50 g tepung gandum
1 camca teh serbuk pelaga
1 camca teh esen vanila

Cara-cara

Putar Windmill Gheeblend dan gula hingga kembang. Masukkan suji halus, tepung gandum, serbuk pelaga, esen vanila dan kacau rata. Biarkan adunan itu 30 minit. Ambil secamca adunan dan golek menjadi bebola. Kemudian tekan sedikit agar leper dan letak di atas tin bakar tanpa minyak. Ulang hingga habis adunan. Bakar di dalam ketuhar bersuhu rendah hingga biskut kuning keemasan, lebih kurang 30 minit. Sejukkan di atas redai.