Ikan Rendang Cuka

Ramuan / Bahan

2 potong ikan tenggiri digaul dgn garam & kunyit
2 senduk cuka makan
1 sudu teh biji sawi
10 biji cili hijau
1 senduk minyak untuk menumis
2 cawan air
Garam
Gula
Bahan mayang:
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
4 cm halia
5 tangkai serai

Cara-cara

Ikan digoreng garing lalu toskan minyak.
Tumiskan bahan mayang hingga agak kuning lalu masukkan biji sawi. Kacau sebentar hingga wangi tapi jangan garing.
Masukkan cuka dan air hingga didih.
Masukkan ikan, garam & gula secukup rasa. Biar mendidih sebentar.
Akhir sekali masukkan cili hijau.