Ikan Putih Masak Hijau

Ramuan / Bahan

600 gm ikan putih
75 gm cili hijau
5 biji buah keras
1 sudu teh lada hitam
2.5 sm halia
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah 1 batang serai
1 helai daun kunyit
3 gelas air
Sedikit kunyit kering
Sedikit minyak
Garam secukup rasa

Cara-cara

Ikan dibersihkan kemudian dipotong ikut suka dibasuh dan toskan airnya. Cili hijau digiling hingga lumat bersama bawang putih, bawang merah, halia, lengkuas dan lada hitam juga digiling lumat. Panaskan sedikit minyak di dalam periuk kemudian tumiskan cili serta bahan lain yang telah digiling tadi hingga garing. Bila telah garing masukkan ikan serta air, tambahkan garam secukup rasa setelah itu tutup periuk. Sesudah cukup pekat dan masak bolehlah diangkat untuk dihidangkan.