Ikan Prasakan

Ramuan / Bahan

4 ekor ikan
1 Ulas bawang merah - di tumbuk
5 Ulas bawang putih - di tumbuk
½ ulas bawang besar - di tumbuk
2 inci halia - di tumbuk
3 Tangkai serai
3 biji bunga cengkih
1 tangkai kayu manis
2 sudu asam jawa
1 sudu serbuk kunyit
Garam secukup rasa
1 cawan air

Cara-cara

Bersihkan ikan, perapkan ikan dengan bahan-bahan yang ditumbuk dan asam jawa selama 10 minit. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk, bunga cengkih dan kayu manis. Tuang 1 cawan air dan masukkan serbuk kunyit dan serai. Masukkan ikan dan perasa. Biarkan selama lebih kurang 5 minit atau sehingga air hampir kering.