Ikan Percik Bawal Hitam

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan bawal hitam
30 gm kunyit
30 gm halia
2 batang serai (dikisar)
90 gm bawang merah (dikisar)
1 sudu halba (dikisar) 60 gm cili boh
2 keping asam keping
1 biji kelapa (diambil santan)
10 gm lengkuas (dikisar)
Garam, gula dan serbuk perasa secukup rasa

Cara-cara

Ikan bawal digaul dengan kunyit dan garam kemudian dipanggang separuh masak. Jerangkan santan, masukkan bawang merah, kunyit, halia, serai, lengkuas dan cili boh. Kacau sehingga ia mendidih dan pekat, masukkan asam keping. Bila masak renjiskan kuah ini pada ikan dan dipanggang semula hingga msak. Tuangkan kuah selebihnya pada ikan tersebut dan hidangkan.