Ikan Pasak

Ramuan / Bahan

1 kg ikan siakap
3 cm halia
5 ulas bawang putih
5 ulas bawang merah
3 batang serai 6 helai daun limau purut - dihiris halus
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil serbuk kunyit
Gula dan garam secukup rasa

Cara-cara

Belah perut ikan dan buang tulangnya. Halia, bawang putih, bawang merah, serai, jintan manis, jintan putih dikisar. Gaul ikan dengan bahan-bahan dikisar bersama serbuk kunyit, gula dan garam secukup rasa. Perapkan selama setengah jam. Lebih bahan yang dikisar dimasak untuk dijadikan sos. Panggang ikan sehingga masak dan sapukan dengan sos yang dimasak tadi. Hidangkan bersama sambal belacan dan air asam (jika suka).