Ikan Panggang Pandan

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan kurau
4 helai daun pandan
4 batang serai - dimayang halus dan ditumbuk
2 cawan santan pekat 5 ulas bawang merah - ditumbuk
5 biji cili merah - dimayang
15 biji cili padi - dimayang
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara

Bersihkan ikan. Belah bahagian belakang dan juga dadanya, kemudian perapkan dalam air asam jawa selama 1 jam.

Keluarkan ikan dan masukkan daun pandan ke dalam belakang serta dada ikan, kemudian digoreng atau dipanggang.

Untuk Kuahnya:
Masak santan pekat bersama serau dan kacau selalu. Kemudian bubuh bawang merah tumbuk, cili merah dan cili api lalu masukkan garam dan sedikit gula. Setelah elok rata tuangkan kuah tadi ke atas ikan.