Ikan Panggang Bersantan

Ramuan / Bahan

4 ekor ikan kembung yang sederhana besarnya
1 cawan santan pekat
½ sudu teh garam
Sedikit air limau dicampur dengan ¼ sudu teh garam untuk mensira ikan 2 biji bawang
2 biji cengkih
2 biji cili hidup
½ inci kunyit
2 hiris halia
Kesemua bahan ini ditumbuk halus

Cara-cara

Sapukan air limau dan garam pada ikan dan biarkan selama 10 minit. Campurkan santan dan bahan yang telah ditumbuk tadi. Tambahkan gula, garam dan masukkan ikan kedalamnya. Biarkan selama 1 jam. Selepas 1 jam angkat ikan dan toskan. Panaskan santan dalam haba sederhana sampai pekat.

Susun ikan diatas grill di atas api arang. Basahkan ikan dengan santan sedikit demi sedikit. Bila cukup masak, hidangkan dan hiaskan dengan bawang goreng dan limau hiris. Hidangkan bersama nasi.