Ikan masak tiga rasa

Ramuan / Bahan

Bahan a)(tumisan)
minyak
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
½ inci halia
cili kering (2 sudu kalau dah blender)
serai 1 batang
belacan sedikit
(semua bahan di atas dimayang)




,



Bahan b (penambah rasa)
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar taucu
2 sudu besar sos cili
sedikit gula/garam/ajino
air 1 cawan
Bahan c (optional)hiasan
tomata - 1 biji
cili merah
daun bawang
1 sudu tepung jagung(campur air)

Bahan d (ikan siakap/bawal putih)
ikan siakap agak2 besar sikit dan mestilah segar

Cara-cara

Cara2:
Ikan digoreng dengan kunyit & garam sampai garing. asingkan minyak sedikit, lebihnya digunakan untuk menumis bahan a yang dimayang tadi. apabila agak wangi masukan bahan b gaulkan sekejap masukkan air dan bahan 2. bila kuah tersebut mendidih masukan tepung jagung. bila kuah agak pekat, masukkan bahan c (tomato potong 6/cili merah dan daun bawang) biar kuah tadi mendidih sekejap. Tuangkan kuah ke atas ikan yang telah digorang tadi.