Ikan Masak Pedas Bersos Tiram

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan bawal hitam
4 camca sos cili
1 sudu cuka makan
4 camca gula (Ikut citarasa)
2 camca kicap manis
2 camca sos tiram 1 labu bawang besar (Dihiris)
2 ulas bawang putih (Diketuk)
2 Sudu cili kisar
Daun bawang
Buah tomato
Garam
Serbuk Perasa
Air

Cara-cara

Ikan dikelar dan digoreng.
Tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.Masukkan cili kisar,sos cili,cuka,gula,kicap manis dan sos tiram.
Goreng hingga pecah minyak. Masukkan sedikit air, garam dan serbuk perasa. Masukkan ikan,daun bawang dan tomato.