Ikan Masak Minang

Ramuan / Bahan

Ikan kembung 5 ekor
Bawang kecil 4 ulas (dikisar)
Bawang putih 3 ulas (dikisar)
Cili api segenggam (dikisar)
Asam jawa 1 sudu besar
Satu inci halia (dikisar)
Satu inci kunyit (dikisar) Minyak masak untuk menumis
Secubit serbuk perasa
Sedikit garam
2 sudu besar gula

Cara-cara

Mula-mula goreng ikan kembung tadi sehingga agak-agak garing. Kemudian kesemua bahan-bahan tadi dikisar dan ditumis di dalam kuali. Selepas itu, masukkan air asam jawa, secubit serbuk perasa, sedikit garam dan 2 sudu besar gula. Akhir sekali masukkan ikan kembung yang digoreng tadi sehingga sebati dengan kuah. Sedia untuk dihidangkan