Ikan Masak Merah

Ramuan / Bahan

4 ekor ikan cencaru (disiang & dibiarkan)
2 camca air asam jawa
2 cawan air
1 camca garam
3 camca minyak makan
13 cm serai (dititik) 2 labu bawang besar (dihiris bulat-bulat)
30 ml puri tomato ]
1 ½ cawan air
Garam secukup rasa

Cara-cara

Pertasakan ikan dalam larutan asam jawa selama 10-15 minit.Toskan. Pijarkan minyak atas api yang sederhana.Tumiskan bahan tumbuk & serai hingga keluar minyak. Masukkan bawang besar & masaklah hingga ia layu. masukkan puri tomato & 1 cawan air,kacau rata-rata masak hingga mendidih,kemudian kecilkan api & didihkan perlahan-lahan hingga minyak timbul. Masukkan ikan & masaklah selama 5 minit. Balikkan ikan & masak terus hingga hampir empuk ikannya. Masukkan air asam jawa & garam perlahan-lahan.Masukkan air selebihnya jika masakkan itu terlalu kering. Masaklah hingga ikan cukup empok & isikan ke dalam mangkuk.Hiaskan mengikut suka. Hidangkan panas-panas atau sejuk dengan nasi putih.