Ikan Masak Masam Manis (menggoreng)

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal / kerapu yang kecil
1 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih.

Sos:
2 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil sos cili
1 sudu kecil cuka
¼ sudu kecil tepung ubi
Gula, garam & lada sulah (secukup rasa)
4 sudu besar air Hiasannya:
¼ biji timun
1 biji tomato
1 biji cili merah
2 tangkai daun bawang
1 tangkai daun ketumbar
4 sudu besar minyak

Cara-cara

Sediakan ikan. Bersihkan ikan bawal tetapi jangan memotong ekor & siripnya terlalu pendek. Perasakan dengan garam. Sediakan sayur-sayuran. Kupas bawang merah, bawang putih, buangkan biji cili merah & basuhkan dengan bahan-bahan untuk dihias. Cincang bawang merah & bawang putih. Potong timun, hiris tomato, mayang cili, daun bawang & petik daun ketumbar untuk hiasan. Sediakan sos. Campur semua bahan sos dengan 4 sudu besar air di dalam mangkuk. Memasak ikan masam manis. Panaskan minyak dalam kuali. Goreng ikan hingga berwarna kuning di kedua-dua belahnya. Tus & letakkan dalam pinggan bujur. Tuang minyak daripada kuali. Gorengkan bawang merah & bawang putih dalam minyak yang lebih itu. Tuang ke dalamnya adunan sos & masak hingga pekat. Perasakan secukupnya. Tuang dengan cermat ke atas ikan goreng. Hiaskan dengan timun & tomato yang telah hiris di keliling ikan serta bahan-bahan yang dimayang di atas ikan itu.