Ikan Masak Ampap

Ramuan / Bahan

½kg Ikan kembung (bersaiz kecil)
2 inci halia (tumbuk)
1 ½ kunyit (tumbuk)
4 biji lada padi (tumbuk)
5 sudu makan cili boh 1 ½ cawan air asam jawa
garam
ajinomoto
1 cawan air

Cara-cara

Masukkan semua bahan tumbuk dan cili boh ke dalam periuk. Tuangkan air asam jawa,air dan kacau. Masukkan ikan dan didihkan. Masukkan perasa secukupnya. Tunggu hingga kuah pekat sedikit dan hidangkan.