Ikan Kukus Sempoi

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan (siakap/jenahak dsb)ikut suka
2 biji limau kasturi (ambil airnya)

dihiris halus :
1 inci halia muda
6 biji cili padi
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 helai daun kunyit

1 biji tomato (dibelah 4)
garam dan serbuk perasa
air

Cara-cara

ikan dibersihkan dan ditos, gaulkan ikan dengan garam. masukkan air (agak2 ikan tengelam)bahan hirisan, tomato dan air limau kedalam kuali, tambahkan garam dan serbuk perasa, setelah mendidih masukan ikan, kecil kan api dan masak lah dengan api yg perlahan, terbalik kan ikan hingga kedua2 bahagian ikan masak, dan boleh lah di hidangkan.