Biskut Strawberi Badam

Ramuan / Bahan

250 g mentega
125 g gula kastor
125 g gula perang
1 biji telur
1 camca teh perisa strawberi
300 g tepung gandum ¾ camca soda bikarbonat
40 g badam, dikisar
Sedikit garam
100 g coklat putih, dicincang
125 g badam, sebahagian dicincang dan sebahagian dibelah dua

Cara-cara

Panaskan ketuhar pada suhu 170'C. Pukul mentega bersama gula. Masukkan telur dan perisa strawberi. Masukkan tepung, soda bikarbonat, serbuk badam dan garam. Gaul sehingga rata. Masukkan pula sebahagian coklat putih dan badam cincang. Bentukkan adunan seperti strawberi. Hias dengan belahan badam sebagai tangkainya dan hias dengan coklat putih. Bakar 10-12 minit. Sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.