Ikan Kod Bakar Bermadu

Ramuan / Bahan

200 gm ikan kod
20 gm sos soya cair
40 gm madu
50 gm bawang besar (dipotong bulat) 1 camca besar minyak masak
50 gm kailan
40 gm mayonis

Cara-cara

Perap ikan kod bersama sos soya selama 15 minit.

Bakar ikan kod di dalam ketuhar selama 7 minit. Balik-balikkan ikan dan sapu madu pada kedua-dua belah ikan.

Potong bawang besar dan goreng hingga layu.

Asingkan bawang yang telah digoreng ke dalam pinggan.

Kemudian didihkan air dan celur kailan selama 3 minit.

Angkat dan sejat. Kemudian letakkan kailan tadi di sekeliling bawang goreng.

Letakkan ikan kod yang telah dibakar pada bawang goreng. Renjis dengan mayonis sebelum dihidangkan.