Ikan Kering Masak Lemak Nenas

Ramuan / Bahan

1 biji nenas (masak)
15 tangkai cili padi
1 biji kelapa (ambil santan pekat 3 cawan)Boleh lebihkan jika suka, tapi jangan sampai cair.
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
kunyit hidup sebesar ibu jari
2 batang serai dititik
4 sudu besar gula Ikan kering ( suka hati)atau ikan sepat/ikan kurau/ikan duri, secukupnya.
(Ikan hendaklah direndam 15 minit). Buang airnya.


Cara-cara

1. Basuh ikan kering yang telah direndam dan masukkan kedalam periuk.

2. Potong nenas dan dihiris jangan terlalu nipis.Letakkan diatas ikan kering tadi.

3. Kisar/tumbuk cili padi, kunyit hidup, bawang besar dan bawang putih sehingga halus. Tuangkan keatas nenas.Masukkan serai yang telah di titik.

4. Masukkan gula. Jerangkan diatas api sederhana.Kacau.Biarkan selama 10 minit.

5. Masukkan santan dan dikacau.Rasa secukup rasa.

6. Jika ikannya tidak berapa masin bolehlah dicukupkan rasa garamnya.