Biskut Siput

Ramuan / Bahan

250 gm mentega
75 gm gula aising
1 biji telur
Sedikit esen vanilla 1 sudu teh garam
1 sudu teh esen lemon
325 gm tepung gandum
Coklat sebagai hiasan

Cara-cara

Masukkan mentega, gula aising, esen vanilla, garam dan esen lemon. Pukul hingga kembang.

Kemudian campurkan tepung dengan perlahan-perlahan hingga sebati.

Kemudian ramuan itu dimasukkan ke dalam kertas piping dan dan tekankan menjadi bentuk siput.

Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15 minit. Cantumkan kedua-dua siput dan celupkan ke dalam coklat.