Ikan Keli 'Sarawak Style'

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan Keli, dipotong nipis
8 - 10 biji Asam Jawa dan belacan yang telah dicampur sedikit air
Garam
Serbuk perasa BAHAN TUMBUK:
2cm Ibu Kunyit
2cm Halia
3 ulas Bawang Putih
2 batang Serai

Cara-cara

Lumur ikan tadi dengan bahan yang telah ditumbuk dan air asam jawa yang telah dicampur sedikit belacan. Kacau ikan yang telah dilumur dalam periuk tanpa menggunakan minyak. Bila sudah naik bau, masukkan sedikit air untuk mendapatkan sedikit kuah. Kemudian, masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya.