Ikan Goreng Taucu

Ramuan / Bahan

1 ekor ikan bawal atau ikan kembung, digaul garam dan kunyit
20 tangkai cili padi, ditumbuk kasar-kasat
4 camca sedang taucu
2 biji bawang besar, dihiris
2 ulas bawang putih, dihiris 2 batang serai, dititik
2 biji tomato, dibelah empat
½ cawan minyak masak
Garanm dan gula secukupnya

Cara-cara

Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng ikan hingga kuning dan angkat. Tumis bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan taucu, cili padi, tomato. gula dan garam. Kacau hingga rata. Akhir sekali masukkan ikan goreng. Kacau lagi hingga sebati baru diangkat.