Ikan Goreng Biskut

Ramuan / Bahan

2 ekor ikan senangin
2 keping biskut tawar (cream crackes ditumbuk halus)
1 biji telur
2 ulas bawang putih (ditumbuk lumat) Sedikit halia ditumbuk lumat
1 biji kentang
1 biji limau nipis

Cara-cara

Ikan dibersihkan tetapi jangan dipotong cuma dibasuh & ditoskan airnya. Setelah itu gaulkan bahan-bahan yang ditumbuk serta garam & sedikit serbuk lada sulah.
Perapkan 1/2 jam. Pukul telur. Kemudian celupkan ikan ke dalam telur & golekkan di atas serbuk biskut hingga rata. Kemudian goreng ikan hingga garing. Angkat & toskan minyaknya. Sementara itu bersihkan kulit ubi kentang & potong memanjang. Kemudian goreng kentang sehingga kuning. Hidangkan bersama-sama ikan goreng serta potongan limau nipis. Hias atas ikan dengan limau
potong & kelilingnya kentang. Lapikkan daun salad di atas pinggan.